KUCHING: Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) menyatakan minat untuk melabur di negeri ini.
Ini selepas EU mengadakan perbincangan selama lima hari di negeri ini.
Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, EU juga melihat Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) dibangunkan negeri ini sama ada dalam aspek ekonomi digital atau tenaga hijau.
"Mereka melihat potensi besar untuk pelaburan di Sarawak," katanya selepas majlis penyampaian geran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Petra Jaya 2024 di Dewan Kampung Malaysia Jaya, di sini, hari ini.
EU juga mengadakan lawatan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.